Saturday, July 17, 2010

PELIHARA ADAT PERPATIH

Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir berkenan merasmikan Pesta Persukuan Adat Perpatih dan Masakan Tradisional Negeri Sembilan 2010 di Muzium Diraja Istana Lama Seri Menanti.
Baginda bertitah, supaya kita memelihara Adat Perpatih yang telah diwarisi dari golongan terdahulu kerana di dalamnya terkandung nilai murni yang boleh diteladani mengikut peredaran semasa. Baginda juga meluahkan rasa bangga dengan usaha berterusan kerajaan negeri mempromosikan program tahunan ini kepada umum bagi memberi peluang generasi baru menghayati Adat Perpatih sebagai khazamah yang sangat bernilai dan sentiasa kekal hingga sepanjang zaman.