Sultan Perak, Sultan Azlan Shah mengingatkan semua wakil rakyat di negeri ini supaya tidak menghina dan mencemar Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan perbuatan yang memalukan dan menjejaskan martabat Dewan.
Titah baginda, wakil rakyat yang di pilih sebagai penggubal undang-undang seharusnya beradab dan beretika semasa berada di dalam Dewan sejajar dengan panggilan 'Yang Berhormat'.
Sultan Perak, bertitah demikian pada istiadat mengadap sembah taat setia dan penganugerahan darjah kebesaran negeri semperna sambutan ulang tahun Hari Keputeraan Ke-82 di Kuala Kangsar.
Baginda bertitah, perasaan kekitaan yang ekstrem dan melampau hanya akan menyebabkan seseorang bertindak mengikut emosi sehingga hilang pemikiran rasional.
"Lebih membahayakan kegiatan menghina negara sendiri dilakukan tanpa segan silu di forum-forum antarabangsa, seolah-olah menjemput campur tangan pihak luar dalam urusan negara sendiri".
Sultan Azlan Shah juga, mengingatkan semua pihak supaya tidak mencabar tujuh wasiat raja-raja Melayu yang menjadi teras kewujudan Perlembagaan Negara.
Showing posts with label DUN. Show all posts
Showing posts with label DUN. Show all posts
Tuesday, April 20, 2010
JANGAN HINA DEWAN
Posted by diraja22 at 5:15 AM 0 comments
Labels: DEWAN RAKYAT, DUN, HARI KEPUTERAAN, KUALA KANGSAR, SULTAN AZLAN SHAH, SULTAN PERAK, WAKIL RAKYAT, YANG BERHORMAT
Tuesday, March 30, 2010
PEMANGKU RAJA PERAK RASMI SIDANG DUN
Keberangkatan baginda diiringi Raja Puan Besar Perak, Tuanku Zara Salim dan di sambut oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir serta isterinya.
Baginda bertitah kebijaksanaan kepimpinan adalah satu kemestian bagi sesebuah kerajaan untuk membolehkan ia mengimbangi keperluan rakyat yang berlatarbelakang pelbagai agama, budaya, etnik dan tahap pencapaian ekonomi.
Secara keseluruhan keadaan persidangan DUN Perak juga berjalan dengan lancar dan terkawal.
Posted by diraja22 at 4:59 AM 0 comments
Labels: BERJALAN LANCAR, DARUL RIDZUAN, DATUK DR ZAMBRY, DUN, PEMANGKU RAJA PERAK, PERAK, RAJA DR NAZRIN, RAJA NAZRIN, RAJA PUAN BESAR PERAK, TUANKU ZARA SALIM
Subscribe to:
Posts (Atom)