Showing posts with label HARI KEPUTERAAN. Show all posts
Showing posts with label HARI KEPUTERAAN. Show all posts

Tuesday, January 14, 2014

HARI KEPUTERAAN 
DULI YANG MAHA MULIA YANG DI PERTUAN BESAR
NEGERI SEMBLAN DARUL KHUSUS
YANG KE 66

DAULAT TUANKU

MERAFAK SEMBAH DAN UCAPAN SETINGGI-TINGGI TAHNIAH


SEMOGA
ALLAH SUBHANAHU WA TA'ALA
MEMBERKATI PEMERINTAHAN

DULI YANG MAHA MULIA DI PERTUAN BESAR NEGERI SEMBILAN
TUANKU MUHRIZ IBNI ALMARHUM TUANKU MUNAWIR

SEMPENA ULANG TAHUN
HARI KEPUTERAAN RASMI BAGINDA

SEMBAH TAKZIM DARIPADA : 
Blogger : digarhayutuanku.blogspot.com

Saturday, June 5, 2010

DARJAH KEBESARAN PERSEKUTUAN

Sempena Hari Keputeraan Yang Di Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin mengurniakan Darjah Seri Setia Mahkota (S.S.M) iaitu anugerah tertinggi Darjah Kebesaran Persekutuan 2010 buat Allahyarham Tun Azizan Zainul Abidin yang pernah memegang jawatan bekas Presiden Perbadanan Putrajaya dan Pertonas.
4 orang menerima darjah Panglima Mangku Negara (P.M.N) yang membawa gelaran Tan Sri.
Manakala 33 menerima darjah Panglima Setia Mahkota (P.S.M) yang juga membawa gelaran Tan Sri.
Sementara seramai 42 orang lagi menerima darjah Panglima Jasa Negara (P.J.N) membawa gelaran Datuk.
Mereka merupakan antara 1626 penerima anugerah Pingat dan Darjah-Darjah Kebesaran Persekutuan di Istana Negara.

HARI KEPUTERAAN YANG DI PERTUAN AGONG

DAULAT TUANKU

MERAFAK SEMBAH DAN UCAPAN SETINGGI-TINGGI TAHNIAH

SEMOGA
ALLAH SUBHANAHU WA TA'ALA
MEMBERKATI PEMERINTAHAN

SERI PADUKA BAGINDA YANG DI PERTUAN AGONG
AL-WATHIQU BILLAH TUANKU MIZAN ZAINAL ABIDIN
IBNI
AL-MARHUM SULTAN MAHMUD AL-MUKTAFI BILLAH SHAH

D.K.M, D.K.T, D.K.R, D.M.N, S.U.M.Z, S.S.M.T, S.P.M.T
D.K PERLIS , D.K JOHOR, D.K.M.B BRUNEI, D.K PERAK,
D.K NEGERI SEMBILAN, D,K KEDAH,
D.K KELANTAN, D.K SELANGOR, S.P.M.J

SEMPENA ULANG TAHUN
HARI KEPUTERAAN RASMI BAGINDA

SEMBAH TAKZIM DARIPADA :
Blogger : digarhayutuanku.blogspot.com

Thursday, June 3, 2010

TERIMA KEK

Yang Di Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah serta anakanda baginda, Tengku Fatimatuz Zahra berkenan menerima persembahan kek sempena hari ulang tahun Hari Keputeraan baginda.
Baginda menerima persembahan 31 kek daripada pelbagai pihak kebanyakannya hotel di Balairong Seri, Istana Negara.
Persembahan kek ini adalah acara tahunan setiap kali sempena sambutan Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong.

Monday, May 17, 2010

KETUA SPRM TERIMA DARJAH PAHANG


Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Abu Kassim Mohamed mengetuai senarai 159 penerima darjah kebesaran dan pingat sempena ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang, Sulatan Ahmad Shah di Balairung Seri Istana Abu Bakar.
Abu Kassim Mohamed dianugerahkan Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri.
Sultan Ahamad Shah berkenan menganugerahkan SSAP kepada 7 penerima lain dan 1 SSAP Kehormat yang turut membawa gelaran Datuk Seri.
Darjah Sri Indera Mahkota Pahang (SIMP) yang membawa gelaran Datuk kepada 2 penerima.
Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) yang turut membawa gelaran Datuk pula dianugerahkan kepada 7 penerima.
Darjah Indera Makkota Pahang (DIMP) yang juga membawa gelaran Datuk seramai 88 penerima.
Pada istiadat itu juga, Sultan Ahmad Shah berkenan menganugerahkan pingat Setia Ahmad Shah Pahang (SAP) kepada 5 penerima dan 12 orang menerima pingat Setia Mahkota Pahang (SMP), Ahli Ahmad Shah Pahang (AAP) serta Ahli Mahkota Pahang (AMP) sermai 24 orang.
Istiadat penganugerahan darjah kebesaran serta pingat itu juga turut dihadiri Sultanah Pahang, Sultanah Kalsom dan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah.

Tuesday, April 20, 2010

JANGAN HINA DEWAN

Sultan Perak, Sultan Azlan Shah mengingatkan semua wakil rakyat di negeri ini supaya tidak menghina dan mencemar Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan perbuatan yang memalukan dan menjejaskan martabat Dewan.
Titah baginda, wakil rakyat yang di pilih sebagai penggubal undang-undang seharusnya beradab dan beretika semasa berada di dalam Dewan sejajar dengan panggilan 'Yang Berhormat'.
Sultan Perak, bertitah demikian pada istiadat mengadap sembah taat setia dan penganugerahan darjah kebesaran negeri semperna sambutan ulang tahun Hari Keputeraan Ke-82 di Kuala Kangsar.
Baginda bertitah, perasaan kekitaan yang ekstrem dan melampau hanya akan menyebabkan seseorang bertindak mengikut emosi sehingga hilang pemikiran rasional.
"Lebih membahayakan kegiatan menghina negara sendiri dilakukan tanpa segan silu di forum-forum antarabangsa, seolah-olah menjemput campur tangan pihak luar dalam urusan negara sendiri".
Sultan Azlan Shah juga, mengingatkan semua pihak supaya tidak mencabar tujuh wasiat raja-raja Melayu yang menjadi teras kewujudan Perlembagaan Negara.

Monday, April 19, 2010

HARI KEPUTERAAN SULTAN PERAK

DAULAT TUANKU
MERAFAK SEMBAH SETINGGI-TINGGI TAHNIAH
DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI
SULTAN AZLAN MUHIBBUDDIN SHAH
IBNI ALMARHUM SULTAN YUSSUF IZZUDIN SHAH
GHAFARULLAHU-LAH
D.K, D.K.M, D.M.N, D.K.A
SULTAN YANG DI PERTUAN DAN RAJA PEMERINTAH
NEGERI PERAK RIDZUAN DAN JAJAHAN TAKLUKNYA
SEMPERNA
ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN BAGINDA YANG KE - 82
"SEMOGA ALLAH MEMBERKATI PEMERINTAHAN BERJIWA RAKYAT
DULI YANG MAHA MULIA TUANKU"

Sembah Takzim Daripada

Blogger : digarhayutuanku.blogspot.com

Thursday, March 25, 2010

TENGKU FARIS KEKAL PEMANGKU RAJA KELANTAN


Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra Sultan Ismail Petra tetap sabar dan masih mampu tersenyum walaupun menghadapi kemelut Pemangku Raja melibatkan kerabat diraja Sultan Kelantan.
Tengku Faris Petra akan terus menjalankan tugas-tugas sebagai Pemangku Raja yang sah sehingga Majlis Perajaan Negeri membuat keputusan mengikut undang-undang.
Majlis Penganugerahan Darjah-Darjah Kebesaran semperna Hari Keputeraaan Sultan Kelantan 30 Mac 2010 di Istana Balai Besar Kelantan akan berlangsung mengikut jadual yang ditetapkan.

Wednesday, March 24, 2010

MUHYIDDIN TERIMA DARJAH SERI UTAMA


Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin menerima Darjah Seri Utama Negeri Sembilan (SUNS) yang membawa gelaran Datuk Seri Utama Di Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah.
Yang Di-pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir mengurniakan darjah kebesaran ini kepada Muhyiddin Yassin semperna Hari Keputeraan baginda yang ke-62 pada 14 Januari 2010 lalu.
Turut berangkat pada istiadat darjah kebesaran ini, Tuanku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Ibni Almarhum Tuanku Besar Mahmud, Tunku Besar Seri Menanti, Tuanku Ali Redhauddin Ibni Tuanku Muhriz serta Undang Yang Empat dan Tunku Besar Tampin, Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus Al-Qadri.
Hadir sama, isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Sri Noorainee Abd Rahman, Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Hassan serta isteri, Raja Datin Seri Salbiah Tunku Nujumudin, Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Razak Mansor, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mat Ali Hassan, anggota Exco Kerajaan Negeri dan ketua jabatan.
Timbalan Perdana Menteri dan isteri kemudiannya menghadiri majlis santapan bersama Tuanku Muhriz dan tetamu jemputan yang hadir di Bilik Santapan sebelum berangkat pulang.