Showing posts with label RASMI. Show all posts
Showing posts with label RASMI. Show all posts

Wednesday, July 28, 2010

ELAK PERSELISIHAN

Yang Di Pertuan Agong, Tuanku Mizan dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah berkenan berangkat merasmikan Tilawah Al Quran Peringkat Antarabangsa kali ke-52 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Baginda juga meyeru kepada seluruh umat islam supaya bersatu padu dan mengelakkan perselisihan. Tema kali ini adalah Memantapkan Ukhwah Memperkasa Ummah amat bertepatan dengan peringatan dari baginda.
Masalah perpecahan, peperangan, kemiskinan dan kekurangan ilmu masih menjadi teras yang membantutkan pembinaan semula kegemilangan tamadun islam di seluruh dunia. Baginda juga berharap agar masyarakat bukan islam diberi kefahaman bahawa islam adalah agama progresif yang mencintai keamanan dan mengutamakan kemajuan.

Friday, June 25, 2010

KAJI SEMULA GANTI TAMBAK JOHOR


Sultan Johor, Sultan Ibrahim mahu Kerajaan Pusat mempertimbangkan semula projek jambatan baru menggantikan Tambak Johor ang dibatalkan pada 2006.
Projek jambatan baru ini penting untuk kesejahteraan rakyat Johor khususnya. Dengan terbinanya jambatan berkenaan akan melengkapkan peranan Kompleks Imigresen dan Kuarantin (KIK) di Bangunan Sultan Ismail dan JB Sentral.
Baginda berkenan mencemar duli bagi merasmikan JB Sentral dan pelancaran Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2010. Hadir sama Raja Zarith Sofia Sultan Idris, Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Besar Johor. Baginda juga berasa bangga kerana bangunan ini dibina oleh kontraktor Bumiputera Johor serta siap mengikut jadual.

Tuesday, June 1, 2010

NILAI DENGAN ADIL

Sultan Perak, Sultan Azlan Shah berkenan merasmikan Kompleks Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Perak Tengah di Seri Iskandar.
Masyarakat perlu adil menilai perkhidmatan anggota keselamatan seperti polis yang mempunyai tanggungjawab besar dan berat dalam membenteras jenayah buat negara Malaysia.
Baginda bertitah, anggota polis juga adalah insan yang mempunyai perasaan dan adalah kurang bijak jika khidmat itu tidak diberikan penilaian secara seimbang, saksama serta rasional.
Masyarakat mempunyai hak untuk menyuarakan kebimbangan terhadap kadar jenayah yang meningkat, tetapi perlu di ingat bahawa polis bukan punca atau pencetus peningkatan kadar jenayah ini. Ia juga, "jangan sampai mencurahkan susu sebelanga kerana nila setitik." Antara penyumbang peningkatan kadar jenayah semasa adalah kerana keadaan sosio politik, kemelesetan ekonomi, pengangguran, kurang prasarana sosial serta pelbagai lagi keadaan semasa yang dihadapi negara.
Tanggungjawab sosial ini haruslah dipikul bersama-sama antara pihak polis dan masyarakat sekeliling bagi memastikan keamanan dan kesejahteraan sejagat yang dikecapi selama ini agar berkekalan.
Kompleks ini juga dilengkapi dengan kemudahan bangunan pentadbiran, bangunan lapang sasar, unit kediaman anggota pelbagai pangkat, surau dan dewan serbaguna bagi keselesaan warganya.

Tuesday, May 18, 2010

SULTAN MIZAN RASMI KOMPLEKS TABUNG HAJI

Yang Di Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin berkenan merasmikan majlis pecah tanah Kompleks Tabung Haji Kuala Terengganu (KTHKT) di Mukim Nerus, Terengganu.
Raja Permasuri Agong, Tuanku Nur Zahirah turut berangkat ke majlis ini.
Kompleks ini dibina oleh anak syarikat Tabung Haji sendiri, TH Properties Sdn Bhd dengan kos RM 69.3 juta yang dijangka siap pada 2012 ini berhampiran Lapangan Terbang Sultan Mahmud di atas tanah seluas 3.2 hektar. Dengan terbinanya kompleks ini akan memudahkan jemaah dari pantai timur iaitu dari Terengganu, Pahang dan Kelantan.
Kompleks ini dilengkapi dengan kemudahan 182 unit bilik penginapan, dewan bankuet serbaguna, kolam renang, kemudahan Taman Tema Air sebagai ruang kepada pengunjung untuk berehat dan beriadah bersama keluarga serta pelbagai kemudahan lain. Kompleks ini juga, akan digunakan untuk urusan operasi penerbangan jemaah haji secara terus ke Madinah dan Jeddah tanpa melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
Pembinaan KTHKT adalah merupakan anatara inisiatif dan komitmen beterusan Tabung Haji dalam usaha menambah baik perkhidmatan pengurusannya.

Monday, March 15, 2010

AGONG RASMI PARLIMEN

Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah berkenan hadir untuk merasmikan Penggal Ketiga Parlimen Ke-12 dengan penuh adat istiadat.
Baginda juga melahirkan rasa dukacita baginda terhadap Ahli Parlimen (MP) yang mempamerkan tingkah laku yang mampu menjejaskan imej mereka sebagai wakil rakyat.
Seri Paduka bertitah, sejak dua penggal berturut-turut baginda sudah mengingatkan Ahli Parlimen supaya menunjukkan sifat dan perilaku terpuji di dalam Dewan Rakyat.
Tuanku Mizan juga dukacita kerana masih terdapat banyak perbuatan fitnah, pembohongan dan putar belit fakta terutamanya dalam media baru.
Seri Paduka turut mengalu-alukan komitmen dan kesungguhan kerajaan untuk memerangi gejala rasuah dan berharap rakyat akan terus memberi sokongan selain melaporkan jenayah tersebut dengan penuh tanggungjawab.
"Sehubungan ini, Rang Undang-Undang Perlindungan Pemberi Maklumat sedang digubal bagi melindungi pengadu yang membuat pendedahan," titah baginda.