Showing posts with label KE-12. Show all posts
Showing posts with label KE-12. Show all posts

Saturday, June 26, 2010

PANDU KERETA API

Program Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2010 selama 3 hari ini bakal menyaksikan Sultan Johor, Sultan Ibrahim memandu sendiri kereta api sejauh 400 km melalui 4 daerah bermula dari Johor Bahru ke Gemas sebelum kembali semula ke Johor Bahru.
Acara pelepasan disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri di Stesen JB Sentral.
Program KMJ kali ini akan mendapat pengiktirafan Malaysia Book Of Records (MBOR) sebagai sultan pertama memandu kereta api secara rasmi dan apabila baginda sultan berjaya memusingkan lokomotif ini secara manual dengan menggunakan turn table sebagai satu syarat untuk memiliki Lesen Kelas 26 iaitu lesen memandu kereta api yang sah.
Baginda sultan juga berkenan melawat gerai pameran dan jualan karnival pertanian di Kulaijaya.

Friday, June 25, 2010

KAJI SEMULA GANTI TAMBAK JOHOR


Sultan Johor, Sultan Ibrahim mahu Kerajaan Pusat mempertimbangkan semula projek jambatan baru menggantikan Tambak Johor ang dibatalkan pada 2006.
Projek jambatan baru ini penting untuk kesejahteraan rakyat Johor khususnya. Dengan terbinanya jambatan berkenaan akan melengkapkan peranan Kompleks Imigresen dan Kuarantin (KIK) di Bangunan Sultan Ismail dan JB Sentral.
Baginda berkenan mencemar duli bagi merasmikan JB Sentral dan pelancaran Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2010. Hadir sama Raja Zarith Sofia Sultan Idris, Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Besar Johor. Baginda juga berasa bangga kerana bangunan ini dibina oleh kontraktor Bumiputera Johor serta siap mengikut jadual.

Tuesday, June 15, 2010

KEMBARA MAHKOTA JOHOR

Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2010 edisi ke 12 yang bakal menyaksikan kelainan dan kemahiran Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar memandu kereta api yang merupakan pengangkutan utama pada program kali ini berlangsung sepanjang 26 hingga 28 Jun 2010.
Keistimewaan KMJ edisi ke 12 ini berlangsung selepas baginda dimasyurkan sebagai Sultan Johor pada 23 Januari 2010 berikutan kemangkatan Almarhum Sultan Iskandar ayahanda baginda.
Sebagai persediaan baginda telah membuat penyelidikan melalui Internet dan pembacaan buku berkaitan enjin serta pengendalian kereta api.
Baginda turut berkenan memandu kereta api gerabak dari Stesen Keretapi JB Sentral ke Stesen Kulaijaya serta menzahirkan teruja baginda menanti tarikh 26 Jun 2010 untuk bertemu seluruh rakyat jelata dan tidak sabar hendak dapat lesen memandu kereta api.