Showing posts with label KOMPLEKS. Show all posts
Showing posts with label KOMPLEKS. Show all posts

Friday, June 25, 2010

KAJI SEMULA GANTI TAMBAK JOHOR


Sultan Johor, Sultan Ibrahim mahu Kerajaan Pusat mempertimbangkan semula projek jambatan baru menggantikan Tambak Johor ang dibatalkan pada 2006.
Projek jambatan baru ini penting untuk kesejahteraan rakyat Johor khususnya. Dengan terbinanya jambatan berkenaan akan melengkapkan peranan Kompleks Imigresen dan Kuarantin (KIK) di Bangunan Sultan Ismail dan JB Sentral.
Baginda berkenan mencemar duli bagi merasmikan JB Sentral dan pelancaran Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2010. Hadir sama Raja Zarith Sofia Sultan Idris, Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Besar Johor. Baginda juga berasa bangga kerana bangunan ini dibina oleh kontraktor Bumiputera Johor serta siap mengikut jadual.

Tuesday, June 1, 2010

NILAI DENGAN ADIL

Sultan Perak, Sultan Azlan Shah berkenan merasmikan Kompleks Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Perak Tengah di Seri Iskandar.
Masyarakat perlu adil menilai perkhidmatan anggota keselamatan seperti polis yang mempunyai tanggungjawab besar dan berat dalam membenteras jenayah buat negara Malaysia.
Baginda bertitah, anggota polis juga adalah insan yang mempunyai perasaan dan adalah kurang bijak jika khidmat itu tidak diberikan penilaian secara seimbang, saksama serta rasional.
Masyarakat mempunyai hak untuk menyuarakan kebimbangan terhadap kadar jenayah yang meningkat, tetapi perlu di ingat bahawa polis bukan punca atau pencetus peningkatan kadar jenayah ini. Ia juga, "jangan sampai mencurahkan susu sebelanga kerana nila setitik." Antara penyumbang peningkatan kadar jenayah semasa adalah kerana keadaan sosio politik, kemelesetan ekonomi, pengangguran, kurang prasarana sosial serta pelbagai lagi keadaan semasa yang dihadapi negara.
Tanggungjawab sosial ini haruslah dipikul bersama-sama antara pihak polis dan masyarakat sekeliling bagi memastikan keamanan dan kesejahteraan sejagat yang dikecapi selama ini agar berkekalan.
Kompleks ini juga dilengkapi dengan kemudahan bangunan pentadbiran, bangunan lapang sasar, unit kediaman anggota pelbagai pangkat, surau dan dewan serbaguna bagi keselesaan warganya.

Tuesday, May 18, 2010

SULTAN MIZAN RASMI KOMPLEKS TABUNG HAJI

Yang Di Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin berkenan merasmikan majlis pecah tanah Kompleks Tabung Haji Kuala Terengganu (KTHKT) di Mukim Nerus, Terengganu.
Raja Permasuri Agong, Tuanku Nur Zahirah turut berangkat ke majlis ini.
Kompleks ini dibina oleh anak syarikat Tabung Haji sendiri, TH Properties Sdn Bhd dengan kos RM 69.3 juta yang dijangka siap pada 2012 ini berhampiran Lapangan Terbang Sultan Mahmud di atas tanah seluas 3.2 hektar. Dengan terbinanya kompleks ini akan memudahkan jemaah dari pantai timur iaitu dari Terengganu, Pahang dan Kelantan.
Kompleks ini dilengkapi dengan kemudahan 182 unit bilik penginapan, dewan bankuet serbaguna, kolam renang, kemudahan Taman Tema Air sebagai ruang kepada pengunjung untuk berehat dan beriadah bersama keluarga serta pelbagai kemudahan lain. Kompleks ini juga, akan digunakan untuk urusan operasi penerbangan jemaah haji secara terus ke Madinah dan Jeddah tanpa melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
Pembinaan KTHKT adalah merupakan anatara inisiatif dan komitmen beterusan Tabung Haji dalam usaha menambah baik perkhidmatan pengurusannya.

Saturday, May 1, 2010

POSITIF TERHADAP PEMBANGUNAN


Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah kepada rakyat agar perlu berfikiran terbuka dan menilai proses pembangunan terancang dan pemodenan secara bijak.
Titah baginda ini lagi, bagi memastikan negeri Perlis tidak ketinggalan di dalam arus pembangunan ekonomi negara yang semakin berkembang ini.
"Kemunculan pelbagai Institusi Pengajian Tinggi awam dan swasta juga akan menyemarakan lagi pertumbuhan dan limpahan pembangunan sosio-ekonomi setempat serta pertambahan pasaran yang besar," titah baginda.
Baginda berkenan hadir dalam malis merasmikan Kompleks Arau di Kangar serta menyambut baik penyertaan dari pasaraya-pasaraya besar bagi mewujudkan peluang pekerjaan serta tempat untuk memasarkan hasil perusahaan kecil dan sederhana di samping memberi satu lokasi pilihan alternatif untuk berbelanja di masa akan datang.
Baginda turut menasihati dan mengingatkan rakyar agar sama-sama menjaga kebersihan kawasan setempat dengan menerapkan konsep 'mesra alam'.