Monday, March 8, 2010

BENTLEY DBG 1 DITUNTUT TENGKU FAKHRY

Tengku Fakhry, Tengku Temenggong Kelantan mendakwa, melalui perjanjian pesanan kenderaan bertarikh 23 April 2008, Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra telah memesan kenderaan berkenaan daripada Malayan Motors. Dakwa plaintif, beliau telah menguruskan semua urusan rasmi berhubung kenderaan tersebut termasuk jenis tayar, speaker, brek, Bluetooth telefon dan radiator dengan penjual.Menurutnya lagi, meskipun kenderaan itu didaftarkan atas nama ayahandanya namun keseluruhan wang pembelian S$706,880 (RM 1.7 juta) dibayar oleh beliau. Sebaik sahaja bayaran diterima, penjual telah mengeluarkan resit rasmi sebelum menghantar kenderaan itu dari London ke Istana Negeri, Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan. Dakwa Tengku Muhammad Fakhry, kenderaan itu pada setiap masa berada dalam posisi eksklusif sama ada di istana mahupun kediaman beliau di Jalan Tun Razak, di sini. Namun pada 18 Julai tahun lalu, plaintif mendakwa, defendan melalui ejen atau pekerja mereka tanpa pengetahuan dan kebenaran beliau telah mengambil kenderaan itu ketika beliau berada di luar negara. Kenderaan tersebut dibawa balik ke Istana Mahkota di Kubang Kerian. Tengku Muhammad Fakhry mendakwa, pada pukul 5.45 petang, 30 Julai tahun lalu, beliau telah pergi ke istana untuk mengambil kenderaan tersebut tetapi dihalang oleh polis atas arahan defendan. Dalam permohonan yang dikemukakan, plaintif turut memohon perisytiharan bahawa kenderaan itu yang telah dibeli untuk kegunaan dirinya dan ayahanda, adalah milik beliau. Perisytiharan lain yang dimohon adalah defendan tidak berhak kepada kereta Bentley itu dan penahanannya oleh defendan adalah tidak sah. Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Ibni Sultan Ismail Petra telah mengemukakan saman pemula untuk menuntut perisytiharan bahawa sebuah kereta mewah buatan Bentley dengan harga belian S$706,880 (RM1.7 juta) adalah miliknya secara mutlak.Tengku Muhammad Faris Petra bagaimanapun telah memfailkan permohonan untuk membatalkan saman pemula adindanya ini.

Monday, March 1, 2010

TUNKU TEMENGGONG JOHOR


Tunku Idris Ibrahim diisytihar sebagai Tunku Temenggong Johor oleh ayahndanya, Sultan Johor Sultan Ibrahim pada sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri di Masjid Sultan Abu Bakar di Johor Baharu, Johor.
"Sempena sambutan hari yang mulia ini, pada fikiran saya, adalah molek untuk saya melantik dan menjadikan anakanda Tunku Idris sebagai Tunku Temenggong Johor," titah baginda di hadapan kerabat diraja, pentadbir negeri dan seluruh rakyat yang hadir.
Berangkat pada sambutan itu, isteri baginda, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail, Tunku Idris dan kerabat diraja yang lain.
Tunku Idris, 22, yang berkhidmat dengan Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD) pernah menempa nama dengan mengetuai lintas hormat enam pesawat udara sempena perarakan sambutan kemerdekaan peringkat negeri Perak pada 2007.
Lintas hormat itu menggunakan helikopter EC120 yang diiringi dua helikopter EC120 lain, sebuah pesawat jenis Socata TB10 dan dua buah pesawat Eagle 150B buatan Malaysia.

Monday, February 22, 2010

TENGKU ANIS DIPERINTAH KE MAHKAMAH


Elia Suhana Ahmad 31, isteri kedua Sultan Kelantan mendapat perintah hak giliran eksklusif bersama Sultan Kelantan selama dua hari dalam seminggu, bermula Sabtu pukul tujuh pagi sehingga Isnin waktu yang sama.
Perintah tersebut dibuat atas alasan tunjuk sebab kerana mengingkari perintah mahkamah yang membenarkan isteri kedua Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra melaksanakan perintah ex-parte oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu.
Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid adalah diperintahkan hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah tersebut.
Bagaimanapun, perintah tersebut didakwa tidak dapat dilaksanakan kerana dihalang oleh responden pertama iaitu Raja Perempuan Kelantan.

Monday, February 15, 2010

GAGASAN 1MALAYSIA HARUS DIHAYATI OLEH WARGA ASING

Raja Muda Perlis, Tuanku Faizuddin Putra Jamalullail bertitah di majlis sambutan Tahun Baru Cina peringkat Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) kepada warga asing yang berada di negara ini agar menghayati Gagasan 1Malaysia. Gagasan yang berteraskan keharmonian berbilang kaum serta agama ini hendaklah disemaikan semangatnya ke dalam jiwa warga asing yang terdiri daripada pelajar, ahli perniagaan, profesional asing serta apa juga lapisan warga tersebut.
Baginda yang juga Canselor UniMAP, bertitah agar hubungan diplomatik yang telah terjalin antara Malaysia dengan negara mereka jangan cuba diganggu gugat dengan perlakuan jenayah serta kegiatan agresif yang tidak bermoral kerana masyarakat di sini cintakan kedamaian.
Turut berkenan berangkat hadir ialah Pro Canselor UniMAP, Raja Muda Puan Perlis Tuanku Lailatul Shahreen Akashah.

Wednesday, February 10, 2010

MAJLIS RAJA-RAJA MELAYU KE - 220

Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu yang ke - 220 di Istana Negara pada hari pertamanya dipengerusikan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah turut kelihatan (dari kiri) Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj, Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir. Pada hari keduanya pula dipengerusikan oleh Pemangku Yang Di Pertuan Agong, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah serta diiringi oleh Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Abdul Razak.

Sunday, February 7, 2010

LUMUT BANDAR TENTERA LAUT (MARITIM)


Sultan Azlan Shah berkenan berangkat ke Majlis Pengisytiharan Lumut sebagai Bandar Tentera Laut, Perlancongan dan Maritim Negara. Pengkalan Tentera Laut Diraja Malaysia adalah pusat operasi terbesar negara yang berpengkalan di Lumut. Pengisytihan ini juga adalah semperna sambutan Hari Keputeraan Sultan Azlan Shah yang ke-81. Turut berkenan berangkat adalah Raja Permaisuri Perak Tuanku Bainun, Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah, Raja Puan Besar Perak Zara Salim Davidson dan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah. Dengan pengisytiharan ini akan memartabatkan bandar Lumut ke persada antarabangsa dalam dunia maritim moden. Lumut juga adalah bandar untuk pelancong ke Pulau Pangkor. Ini juga akan meningkatkan lagi ekonomi setempat khususnya, negeri Perak secara amnya.

Tuesday, February 2, 2010

BONDA ZIARAH KE MAKAM ALMARHUM SULTAN ISKANDAR


Bonda Sultan Johor tiba dari London untuk menziarah makam Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah. Beliau juga diiringi cucunya, Tunku Abdul Jalil Ibni Sultan Ibrahim dan sepupunya Tengku Shakirinal Shah. Beliau juga sempat menghadiahkan bacaan surah Al-Fatihah serta menyiram air mawar. Bonda Sultan Johor, Hajjah Khalsom Abdullah tiba dengan pesawat persendirian di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Ismail.