Friday, April 30, 2010
HORMATI TITAH SULTAN
Peraturan dan undang-undang ini diwujudkan untuk keselamatan, ketenteraman dan kesejahteraan rakyat yang berada di Selangor, titah baginda ketika merasmikan pertukaran nama Sekolah Agama Menengah Tinggi Jalan Kota Raja kepada Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Hisamuddin.
Baginda juga berharap, masjid dan surau dijadikan tempat untuk umat islam berkumpul bagi melakukan amal ibadat di samping mengeratkan silaturahim sesama islam.
Posted by diraja22 at 7:44 AM 0 comments
Labels: HORMAT, IBADAT, MAHKAMAH TINGGI, MENENGAH, SEKOLAH AGAMA, SILATURAHIM, SULTAN HISAMUDDIN, SULTAN SELANGOR, SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH, TITAH
Wednesday, April 28, 2010
KINI GILIRAN JAGUH LUMBA BASIKAL
Kemenangan dan kejayaan merangkul pingat perak Kejohanan Trek Dunia melayakan jaguh lumba basikal negara Azizulhasni Awang 22, dinobatkan sebagai Olahragawan Kebangsaan 2009. Gelaran The Pocketrocketman muncul pelumba Malaysia pertama memenangi pingat perak pada Kejohanan Trek Basikal Dunia di Pruszkow, Poland menjadi kekuatan untuk membawa pulang anugerah buat kali pertama. Selaku pelumba basikal dunia juga, Azizul adalah seorang penuntut University Deakin, Australia ini turut menjuarai pusingan kedua Piala Dunia Klasik dan juara pecut Grand Prix Medellin di Colombia.
Posted by diraja22 at 5:37 AM 0 comments
Labels: agong, ANUGERAH, AUSTRALIA, AZIZULHASNI, COLOMBIA, DUNIA, MEDELLIN, MSN, NEGARA, OLAHRAGAWAN, OLAHRAGAWATI, PIALA DUNIA, POLAND, PRUSZKOW, TUANKU MIZAN, TUANKU NUR ZAHIRAH, UNIVERSITY DEAKIN
Monday, April 26, 2010
KUALA PERLIS BAKAL JADI BANDAR MARITIM
Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mengesyorkan dan mencadangkan agar Kuala Perlis dijadikan Bandar Maritim untuk negeri Perlis Indra Kayangan.
Baginda bertitah demikian kerana daerah Kuala Perlis mempunyai lokasi yang amat strategik sebagai bandar perhubungan utama pengangkutan laut antara Pulau Langkawi, Semenanjung Malaysia, Wilayah Satun di Thailand serta dijadikan pelabuhan bertaraf antarabangsa yang menghubungkan lokasi lain seperti Pulau Pinang, Wilayah Acheh, Indonesia dan Phuket, Thailand.
Terminal feri Kuala Perlis juga merupakan pintu masuk utama ke Malaysia dari Pulau Langkawi dan Wilayah Satun di Thailand melalui jalan laut.
Kerajaan negeri Perlis juga, telah mengemukakan cadangan membina jeti perikanan baru di Kuala Perlis iaitu yang terbesar di Malaysia bagi melayakkan daerah ini diangkat sebagai bandar maritim. Ini juga akan menyumbang dalam memajukan industri perlancongan dan menjana pertumbuhan ekonomi negeri Perlis khususnya.
Turut hadir dalam majlis perasmian Program Jiwa Murni Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Bersama Rakyat Perlis ini ialah Raja Muda Puan Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil dan Ketua Pengarah Maritim Malaysia.
Posted by diraja22 at 5:05 AM 0 comments
Labels: APMM, BANDAR MARITIM, JETI, KUALA PERLIS, PERIKANAN, PERLABUHAN, PERLIS, PHUKET, PULAU LANGKAWI, PULAU PINANG, PUTRA JAMALULLAIL, RAJA MUDA PERLIS, SATUN, THAILAND, TUANKU SYED FAIZUDDIN PUTRA
Friday, April 23, 2010
KEDAH DAPAT HABUAN
Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan berangkat pada majlis penyerahan bas milik skuad Kenari yang bernilai RM 400,000.00 di Istana Anak Bukit, Alor Setar. Skuad itu juga menerima insentif sebanyak RM 100,00.00 dari kerajaan negeri. Insentif ini juga sebagai menghargai sumbangan para pemain serta pegawai skuad Hijau Kuning yang menjadi naib juara Piala FA baru-baru ini.
Dengan adanya bas sendiri ini, bagi memudahkan perjalanan skuad Kenari mengharungi Liga Malaysia (liga M).
Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Seri Azizan Abdul Razak berharap para pemain dapat menggalas cabaran Liga M dengan penuh semangat di bawah bimbingan Ahmad Yusof dan membuktikan kejayaan sebagai hadiah kepada Sultan Abdul Halim yang merupakan peminat No 1 bola sepak skuad Kedah.
Posted by diraja22 at 5:39 AM 0 comments
Labels: AHMAD YUSOF, DATUK SERI AZIZAN, ISTANA ANAK BUKIT, KEDAH, KENARI, KFA, LIGA MALAYSIA, PIALA FA, PRESIDEN, SKUAD, SULTAN ABDUL HALIM, SULTAN KEDAH
Thursday, April 22, 2010
LARANGAN GUNA MASJID TEMPAT POLITIK
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menitahkan pihak polis mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana parti politik bertanding yang menggunakan masjid untuk tujuan berkempen.
Baginda menitahkan Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar, agar mengambil tindakan terhadap sesiapa yang tidak mengendahkan larangan berkenaan.
Posted by diraja22 at 8:18 AM 0 comments
Labels: KEMPEN, KETUA POLIS NEGERI, LARANGAN, MASJID, PARLIMEN, PARTI, PILIHAN RAYA HULU SELANGOR, SULTAN SELANGOR, SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH
HORMATI KUASA MUTLAK RAJA-RAJA MELAYU
Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah Sultan Azlan Shah, bertitah bahawa Raja-Raja Melayu mempunyai kuasa-kuasa mutlak dalam urusan agama Islam dan adat Melayu di semua negeri dan sempadan pembahagian kuasa itu perlu dipatuhi oleh semua pihak.
"Kuasa mutlak Paduka Seri Sultan dalam urusan agama Islam dan adat Melayu dalam sesebuah negeri hendaklah terus dipertahankan," titah baginda.
Oleh yang demikian, titah baginda, pandangan dan pendirian Raja-Raja Melayu perlu terlebih dahulu dirujuk dalam apa juga perkara berkaitan agama Islam dan adat Melayu sebelum sesuatu fatwa, dasar, arahan pentadbiran atau penubuhan sebarang institusi diputuskan atau diumumkan.
"Janganlah pandangan Raja-Raja Melayu itu hanya dirujuk dan dipohonkan restu sokongan apapila masalah dan polemik telah terjadi," titah baginda.
Baginda berkenan hadir ke majlis perasmian persidangan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIAMP) di Ipoh, Perak.
"Jika prinsip asas ini mula diketepikan, adalah dibimbangkan ia berpotensi menjadi pencetus kepada salah faham, kekeliruan dan pergeseran di antara pelbagai pihak yang bertanggungjawab," titah baginda.
Dalam pada itu, Raja Dr Nazrin turut menegaskan bahawa salah satu tugas utama Majlis bagi membantu tanggungjawab Sultan Perak dalam hal ehwal adat Melayu dan agama Islam yang dihayati di peringkat pengetahuan dan diterapkan secara berkesan diperingkat perlaksanaan berperanan penting untuk mencerminkan budaya urus tadbir, budaya kerja dan urusan pemerintahan yang adil, saksama, telus lagi cekap.
Posted by diraja22 at 6:26 AM 0 comments
Labels: ADAT MELAYU, IPOH, MAJLIS AGAMA ISLAM, PEMANGKU RAJA PERAK, PERAK, PERASMIAN, POHON, RAJA DR NAZRIN, RAJA MUDA PERAK, RAJA-RAJA MELAYU, RESTU, SULTAN AZLAN SHAH
Tuesday, April 20, 2010
RM 10.08 JUTA ELAUN GURU KAFA, IMAM, DAN TAKMIR
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima peruntukan RM 10.08 juta daripada Kerajaan Persekutuan bagi membiayai elaun guru Kelas Al Quran dan Fardu Ain (KAFA), imam, guru takmir dan elaun sara hidup (COLA) pembantu takmir di seluruh negeri Selangor.
Majlis khas ini berlangsung di Istana Kayangan, Shah Alam.
Peruntukan ini akan diserahkan kepada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bagi membuat pembayaran tersebut.
Posted by diraja22 at 8:17 AM 0 comments
Labels: COLA, ELAUN, GURU, IMAM, ISTANA KAYANGAN, JUTA, KAFA, KERAJAAN PERSEKUTUAN, MAIS, MAJLIS AGAMA ISLAM, PERUNTUKAN, SHAH ALAM, SULTAN SELANGOR, SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH, TAKMIR
JANGAN HINA DEWAN
Titah baginda, wakil rakyat yang di pilih sebagai penggubal undang-undang seharusnya beradab dan beretika semasa berada di dalam Dewan sejajar dengan panggilan 'Yang Berhormat'.
Sultan Perak, bertitah demikian pada istiadat mengadap sembah taat setia dan penganugerahan darjah kebesaran negeri semperna sambutan ulang tahun Hari Keputeraan Ke-82 di Kuala Kangsar.
Baginda bertitah, perasaan kekitaan yang ekstrem dan melampau hanya akan menyebabkan seseorang bertindak mengikut emosi sehingga hilang pemikiran rasional.
"Lebih membahayakan kegiatan menghina negara sendiri dilakukan tanpa segan silu di forum-forum antarabangsa, seolah-olah menjemput campur tangan pihak luar dalam urusan negara sendiri".
Sultan Azlan Shah juga, mengingatkan semua pihak supaya tidak mencabar tujuh wasiat raja-raja Melayu yang menjadi teras kewujudan Perlembagaan Negara.
Posted by diraja22 at 5:15 AM 0 comments
Labels: DEWAN RAKYAT, DUN, HARI KEPUTERAAN, KUALA KANGSAR, SULTAN AZLAN SHAH, SULTAN PERAK, WAKIL RAKYAT, YANG BERHORMAT
Monday, April 19, 2010
HARI KEPUTERAAN SULTAN PERAK
DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI
SULTAN AZLAN MUHIBBUDDIN SHAH
IBNI ALMARHUM SULTAN YUSSUF IZZUDIN SHAH
GHAFARULLAHU-LAH
D.K, D.K.M, D.M.N, D.K.A
SULTAN YANG DI PERTUAN DAN RAJA PEMERINTAH
NEGERI PERAK RIDZUAN DAN JAJAHAN TAKLUKNYA
SEMPERNA
ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN BAGINDA YANG KE - 82
"SEMOGA ALLAH MEMBERKATI PEMERINTAHAN BERJIWA RAKYAT
DULI YANG MAHA MULIA TUANKU"
Sembah Takzim Daripada
Blogger : digarhayutuanku.blogspot.com
Posted by diraja22 at 6:30 AM 0 comments
Labels: 82, DAULAT TUANKU, HARI KEPUTERAAN, MERAFAK SEMBAH, PERAK DARUL RIDZUAN, SULTAN AZLAN SHAH, SULTAN PERAK, TAHNIAH
KECEWA TAK JADI DOKTOR
Kekecewaan kerana cita-cita untuk menjadi doktor tidak kesampaian apabila tidak berpeluang melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di Ireland menjadi punca perkara yang mendorong pelajar cemerlang bekenaan menyamar sebagai "Tuan Muda Pahang". Remaja berkenaan tidak memperolehi biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke Ireland kerana hanya mendapat 9A 1B dalam SPM.
Remaja berkenaan juga pernah menghantar surat kepada Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah iaitu anakanda kepada Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah.
Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah membuat pendedahan berkenaan apabila dimaklumkan oleh seorang guru yang pernah mengajar remaja itu akibat tidak memperoleh 10A. Baginda bertitah demikian ketika di temui selepas mangadakan pertemuan dengan Ketua Pengarah Muzium Malaysia, Datuk Ibrahim Ismail di Muzium Negara, Kuala Lumpur.
Posted by diraja22 at 5:38 AM 0 comments
Labels: 10A, 1B, 9A, BIASISWA, GURU, IRELAND, PAHANG, REMAJA, SPM, TENGKU ABDULLAH, TENGKU AZIZAH, TENGKU MAHKOTA PAHANG, TENGKU PUAN PAHANG, TUAN MUDA
Sunday, April 18, 2010
PERTAHAN KEAMANAN DEMI GENERASI AKAN DATANG
Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mahu rakyat mempertahankan keamanan negara untuk diwarisi oleh generasi akan datang. Baginda juga adalah Komander Rejimen 504 Askar Wataniah Malaysia. Turut berangkat hadir ialah Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah.
Baginda bertitah, rakyat tidak seharusnya melihat pertahanan negara hanya di pikul oleh pasukan keselamatan sahaja sedangkan generasi baru juga mempunyai tanggungjawab yang sama memastikan keadaan yang stabil serta makmur untuk di warisi di masa akan datang. Baginda juga berharap, rakyat mengambil peluang menyertai pasukan sukarela seperti Askar Wataniah untuk sama-sama mempertahan kedaulatan negara kerana sejarah telah membuktikannya.
Tengku Faizuddin juga berkenan menyematkan pemakaian pangkat Mejar Kehormat kepada Pengarah Biro Tata Negara Perlis, Jazli Fadzil sebagai anggota Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah (JAKPAW) di majlis penutupan kursus asas perajurit muda sukarela di Padang Besar, Perlis.
Posted by diraja22 at 2:49 AM 0 comments
Labels: ASKAR, KEDAULATAN, KOMANDER, KURSUS, NEGARA, PERLIS, RAJA MUDA PERLIS, TUANKU HAJAH LAILATUL SHAHREEN AKASHAH, TUANKU SYED FAIZUDDIN PUTRA, WATANIAH
Thursday, April 15, 2010
TENGKU MAHKOTA AMPUNKAN TAPI BERSYARAT
Istana Pahang bersedia tarik balik laporan polis terhadap seorang remaja yang menyamar sebagai Tuan Muda Pahang serta menggunakan gelaran "Yang Mulia Tuan Muda" dan juga mendakwa bahawa dirinya adalah anak angkat kepada Tengku Abdullah.
Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah baginda sendiri telah melihat laporan yang dibuat dan mengambil kira kenyataan remaja terbabit terhadap pihak berkuasa.
Baginda juga menyatakan tidak akan membuat tindakan susulan kalau remaja berkenaan memohon maaf dari baginda dan keluarganya serta buat akujanji dan bersetuju mendapatkan rawatan kaunseling dalam tempoh yang ditentukan oleh pihak polis.
Baginda bertitah selepas melawat Zarina Wahab, wanita yang menjadi mangsa simbahan asid, di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan, Pahang.
Titah Tengku Abdullah jika remaja berkenaan bersetuju memenuhi syarat berkenaan, kes itu akan ditarik balik. Namun sekiranya perkara itu berulang, laporan kes terbabit akan dibuka semula. Memandangkan perbuatan remaja itu boleh mencemarkan nama baik Istana Pahang selain turut menjejaskan kredibiliti pihak yang terlibat.
Sehubungan dengan itu, remaja berkenaan telah pun menghantar surat memohon maaf serta akujanji kepada pihak Istana Pahang untuk tidak mengulangi perbuatan tersebut. Surat itu dihantar oleh remaja berkenaan sendiri melalui Setiausaha Sulit Istana Pahang.
Remaja berkenaan juga telah melalui sesi kaunseling bersama Bahagian Agama dan Kaunseling (Baka).
Posted by diraja22 at 4:21 AM 0 comments
Labels: AKUJANJI, HOSPITAL TENGKU AMPUAN AFZAN, HTAA, ISTANA PAHANG, KAUNSELING, KUANTAN, MANGSA, PAHANG, POLIS, REMAJA, TENGKU ABDULLAH, TENGKU MAHKOTA PAHANG, YANG MULIA TUAN MUDA
AGONG SERAH WATIKAH
Pelantikan mereka adalah bagi sesi 1 Jan 2010 hingga 31 Dis 2011.
Seri Paduka menyampaikan watikah pelantikan kepada Yang Dipertua MAINPP Ellias Zakaria dan timbalan Yang Dipertua pula, Mohd Salleh Man.
Turut di lantik, Penasihat Undang-Undang Negeri, Datuk Faiza Zulkifli, Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Farizan Darus, Mufti Negeri, Datuk Hassan Ahmad dan Ketua Polis Negeri, Datuk Ayub Yaakob.
Turut menerima watikah daripada Sultan Mizan ialah Abdul Aziz Che Yaacob, Abdul Malik Abul Kassim, MD. Hashim Yahaya, Dr Danial Zainal Abidin, Maktar Shapee, Rosidi Hussain, Zainuddin Hanif dan Norhayati Jaafar.
Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas dan Setiausaha MAINPP, Sazali Hussein turut hadir menyaksikan majlis ini.
Posted by diraja22 at 2:10 AM 0 comments
Labels: agong, ANGGOTA, ISTANA NEGARA, KETUA POLIS NEGERI, MAINPP, MAJLIS AGAMA ISLAM, MUFTI NEGERI, PULAU PINANG, SALLEH MAN, SULTAN MIZAN, TUANKU MIZAN, TUN ABDUL RAHMAN ABBAS, WATIKAH, YANG DIPERTUA
KEKANDA BUAT LAPORAN POLIS
Posted by diraja22 at 12:58 AM 0 comments
Labels: AMPANG JAYA, BALAI POLIS, BONGSU, CAKERA PADAT, CD, DATUK, KEKANDA SULTAN KELANTAN, KELANTAN, KETUA POLIS DAERAH, LAPORAN POLIS, MENGESAHKAN, SULUNG, TENGKU MERJAN, TUANKU ISMAIL PETRA, TUNGGAL
Wednesday, April 14, 2010
AGONG SERAH SURAT PERLANTIKAN
Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, berkenan menyerahkan suratcara pelantikan kepada 4 orang Hakim Mahkamah Rayuan dan 9 orang Hakim Mahkamah Tinggi di Istana Negara.
4 orang Hakim Mahkamah Rayuan itu ialah Datuk Abdul Wahab Patail, Datuk Clement Allan Skinner, Datuk Mohamed Apandi Ali, dan Datuk Zaharah Ibrahim.
Hakim Mahkamah Tinggi pula ialah Datuk Mariana Yahya, Dr Badariah Sahamid, Azman Abdullah, Mohd Yazid Mustafa, Zainal Azman Ab. Aziz, Yew Jen Kie, Datuk Ahmadi Asnawi, Datuk Zamani A.Rahim dan Vernon Ong Lam Kiat.
Turut hadir Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff, Hakim Besar Malaya Tan Sri Arifin Zakaria, Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum dan Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan, Hasnah Mohammed Hashim.
Turut hadir menyaksikan upacara pelantikan itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan, Ketua Hakim Negara Tan Sri Zaki Tun Azmi dan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.
Posted by diraja22 at 5:09 AM 0 comments
Labels: agong, HAKIM, HAKIM BESAR, HAKIM NEGARA, KSU, MAHKAMAH RAYUAN, MAHKAMAH TINGGI, MALAYA, PEGUAM NEGARA, PERLANTIKAN, SULTAN MIZAN, SURAT, SURATCARA, TUANKU MIZAN ZAINAL ABIDIN
Tuesday, April 13, 2010
SUMBANGAN KEPADA KELUARGA PELUMBA BASIKAL
Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Perta Sultan Ismail Petra sudi menyampaikan sumbangan ikhlas daripada Yayasan Tengku Temenggong pada Che Minah binti Majid selaku ibu kepada pelumba basikal wanita kebangsaan iaitu Norfarahdini binti Zakaria yang meninggal dunia akibat terjatuh ketika menjalani latihan bersama skuad Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lambor Kiri dekat Seri Iskandar, Ipoh.
Norfarahdini meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.
Sumbangan disampaikan oleh Tengku Fakhry di Kampung Kubang Bemban, Pasir Mas, Kelantan.
Posted by diraja22 at 3:51 AM 0 comments
Labels: HOSPITAL RAJA PERMAISURI BAINUN, KEMALANGAN, MENINGGAL DUNIA, PELUMBA BASIKAL WANITA KEBANGSAAN, SKUAD, SUMBANGAN, TENGKU FAKHRY, TENTERA LAUT DIRAJA MALAYSIA, TERJATUH, TLDM
Monday, April 12, 2010
JANGAN ASYIK BERPOLITIK
Posted by diraja22 at 11:13 PM 0 comments
Labels: ADUN, AMANAH, DANA, DEWAN RAKYAT, MODEL, NASIONAL, NEGERI, PEMBANGUNAN, PERSEKUTUAN, PERSIDANGAN, RAKYAT, SELANGOR, SULTAN SELANGOR, SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS
TENGKU PUAN PAHANG KECEWA PIHAK KESELAMATAN TAK PRIHATIN
Posted by diraja22 at 1:15 AM 0 comments
Labels: ANAK ANGKAT, EXCO, ISTANA PAHANG, JLKN, PEKA, PENGARAH, PRIHATIN, REMAJA, SULTAN ISKANDAR, TENGKU MAHKOTA PAHANG, TENGKU PUAN PAHANG, TUAN MUDA, TUANKU AZIZAH AMINAH MAIMUNAH ISKANDARIAH, VVIP
Friday, April 9, 2010
TENGKU ABDULLAH PRIHATIN NASIB RAKYAT DI LANDA BENCANA
Posted by diraja22 at 6:44 PM 0 comments
Labels: BANJIR, BANTUAN, BENCANA, BENCANA ALAM, BERI, HULUR, JAWATANKUASA KESELAMATAN, JKK, MANGSA, PAHANG, PRIHATIN, RIBUT, SALUR, SULTAN AHMAD SHAH, TENGKU ABDULLAH, TENGKU MAHKOTA PAHANG
Wednesday, April 7, 2010
SULTAN KELANTAN SEMAKIN PULIH
Posted by diraja22 at 5:54 AM 0 comments
Labels: ANAK YATIM, ISTANA MAHKOTA, KERETA BENTLEY, KOTA BHARU, PULIH, SULTAN KELANTAN, TENGKU ANIS, TENGKU FAKHRY, ZAKAT